Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all 450 articles
Browse latest View live

Niat Mandi Wajib Yang Mudah dan Betul

$
0
0
Mandi wajib ataupun juga dipanggil mandi junub merupakan mandi yang dilakukan selepas berhadas besar iaitu selepas mengeluarka air matik selepas bersetubuh bagi suami dan isteri. Ianya juga dilakukan selepas wanita telah bersih dari haid.

Seorang muslim tidak diblehkan untuk melakukan berbagai ibadah terutamanya solat  jika sedang dalam keadaan junub. keadaan junub adalah dimana seseorang telah mengeluarkan mani bagi lelaki dan haid/nifas bagi perempuan sedangkan mereka belum mengerjakan mandi wajib.

Untuk itu ilmu mengenai tata cara mandi wajib/junub seperti sunnah, rukun dan syarat mandi wajib sangat penting dan wajib dipelajari bagi setiap orang yang bergelar islam. Seseorang yang melakukan solat atau ibadah lain sedangkan ia dalam keadaan junub. maka ibadahnya tidak diterima Allah.



Berikut merupakan niat untuk mandi wajib. Kita perlu berniat sebelum memulakan mandi wajib. Ini kerana setiap perbuatan itu haruslah disertakan dengan niat.


Niat Mandi Wajib


Nawaitu ghusla liraf'il hadtsil akbari an jami'il badanii likhurujil maniyyi, minal inaabati fardhan lillahi ta'ala
niat mandi wajib penuh


Niat mandi Wajib Mudah

Oleh kerana bacaan niat di atas sedikit panjang dan sukar untuk dihafal, boleh bacaa ini sahaja:

"nawaitu raf'al hadasil , akbari lillahitaala."

Maksud : Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah taala.

Cara mandi hadas


niat mandi hadas


Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

$
0
0
Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah contoh soalan Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG. Pada 1 April ini, anda kini boleh menyemak adakah anda layak untuk menduduki UKCG. UKCG ini boleh dikatan sebagai saringan sebelum anda betul-betul dapat dipanggil temuduga menjadi guru.

Contoh soalan Ujian kelayakan calon guru. Selepas anda mengisi borang online IPG Maktab perguruan, anda akan dipanggil untuk ujian UKCG.

UKCG bukan hanya sekadar ujian bertulis menjawab soalan, akan tetapi lebih dari itu.

Di sini dikongsikan contoh soalan dan jenis soalan yang akan diberikan semasa anda menjalani UKCG.

Ujian UKCG ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  1. Bahagian A: Ujian bertulis.
  2. Bahagian B: Ujian kecergasan fizikal.

Contoh Soalan UKCG



Bahagian A:

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang anda akan temui semasa menjawab ujian bertulis UKCG. Soalan ini hanya mempunyai dua pilihan jawapan sahaja. Ianya sama sahaja seperti menjawab soalan Medsi (ujian kelayakan untuk UPSI).


contoh soalan ukcg



Bahagian B:

Bahagian B merupakan ujian kecergasan fizikal. Ujian kecergasan fizikal akan menguji sejauh mana tahap ketahanan dan juga kekuatan fizikal calon. Ramai juga yang meyuarakan apa relevannya ujian ini kepada bakal guru. Untuk pengetahuan semua, sesungguhnya tugas guru itu amat berat dan memerlukan kekuatan serta kesihatan fizikal yang memuaskan untuk menyempurnakan tugas seorang guru.

Umum mengetahui bahawa tugas seorang guru bukan hanya ketika berada di dalam kelas, bahkan ketikan berapa di luar bilik darjah sebagai contoh bertugas semasa hari sukan, hari perkemahan , dan bertugas ketika melaksanakan aktivi kokurikulum yang lain.

Ujian kecergasan fizikal ini terbahagi kepada 5 jenis ujian, iaitu:


1.BMI test : BMI adalah singkatan bagi Body Mass Index.Ujian BMI, timbang berat dan ukur ketinggian bagi mengetahui sama ada anda berta badan berlebihan, normal mahupun kurang. Lihat sini cara kira BMI .

2. Sit UP (bangkit tubi)- dalam sit up ni pula anda akan diberikan 5 variasi cara untuk sit up. Apa yang penting, anda kena fit.

3. Lompat kuadran. Kuadran adalah 4 petak yang bersebalahan satu sama lain. Anda akan melompat dalam satu kuadran dan jangan terpijak garisan. Ianya seperti  gambar di bawah ini. Untuk melihat cara betul melakukannya, anda boleh mencarinya di youtube dengan kata kunci "quadrant jumping ". Mungkin anda boleh mempraktikkannya sebelum anda menghadiri ujian UKCG yang sebenar.

ujian ukcg lompat kuadran.
4. Ujian Kilas Sisi- Ujian ini pula anda dikehendaki dalam posisi seperti gambar di bawah ini dan sentuh kertas yang ditampal di dinding sebanyak yang mungkin selama 1 minit.
ujian kilas sisi untuk ukcg


5.  Bleep test - Bleep test memerlukan anda untuk berlari ulang alik dalam jarak 20m dari satu checkpoint ke checkpoint yang satu. Anda perlu berpatah balik ketika bunyi beep dibunyikan. Ujian ini menguji tahap endurance dan speed anda. Semakin lama, bujyi selang di atara satu beep dan bunyi beep lain akan menjadi dekat dan larian akan menjadi semakin sukar. Anda perlu bertahan dalam masa yang sama mengekalkan larian.
contoh ujian bleep test ukcg


Kesimpulannya, menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana banyak ujian saringan yang dilakukan sebelum pihak kementerian bersetuju untuk melayakkan anda menjadi seorang guru.

Selamat menduduki ujian UKCG. Semoga anda berjaya menempuhi ujian ini dengan jayanya seterusnya menjadi guru yang cemerlang. 

Beli Pampers Drypers Murah Malaysia Harga Borong

$
0
0
Jika bercakap mengenai pampers, atau spesifiknya jenama Drypers, ramai ibu bapa yang memilih untuk membelinya terus di pasar raya.

Ramai tidak tahu pampers Drypers ini boleh didapati secara online sahaja. Apa yang amat mengejutkan adalah, ianya lebih murah berbanding dengan harga di kedai.

Satu fakta yang anda kena ketahui, barang yang paling laku dan paling banyak rakyat Malaysia beli secara online adalah pampers Drypers.

Tak percaya? Cuba tengok pampers Drypers di bawah ni.

Drypers pampers
Percaya tak Drypers size XL ni, 3 packs macam ni cuma berharga RM97 . Dah lah postage percuma,maksudnya barang akan dihantar terus ke depan rumah anda.

Jika nak beli pampers Drypers ini secara online,boleh klik di bawah,


Semoga dengan artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk berjimat cermat di dalam berbelanja keperluan anak-anak.

Cara Kira Zakat Pendapatan Secara MUDAH

$
0
0
Zakat pendapatan merupakan antara zakat wajib yang dikeluarkan bagi golongan yang berpendapatan.Ramai yang terlepas pandang untuk melaksanakan zakat pendapatan ini dengan alasan mereka masih lagi tidak cukup pendapatan. Yang sebenarnya, selagi anda masih lagi mempunyai pendapatan, anda wajib melaksanakan zakat pendapatan.

Tetapi persoalannya, bagaimanakah cara mengira zakat pendapatan kita?
zakat


Cara Kiraan Zakat Pendapatan


Kini anda tidak lagi perlu risau kerana sekrang telah ada kalkulator untuk mengira berapa zakat yang anda kena keluarkan. Cuma masukkan sahaj jumlah seperti pendapatan bulanan. Berikut merupakan beberapa pautan untuk mengira zakat pendapatan anda. Gunakan kalkulator cara kira yang bertepatan dengan jenis pendapatan anda;

Contoh Karangan Dialog Mudah dan Ringkas

$
0
0
Karangan dialog antara karangan yang agak popular tidak kiralah untuk UPSR, PT3, mahupun SPM. Pada kali ini kami berkongsi dengan anda contoh karangan dialog yang mudah dan ringkas. Moga anda dapat jadikan ini sebagai panduan untuk menyiapkan karangan dialog anda.

Contoh Karangan Dialog

Berikut adalah contoh  karangan dialog:

contoh karangan dialog
contoh karangan dialog mudah


Parking Murah Area KLCC

$
0
0
KLCC merupakan salah satu tempat utama untuk orang berjalan-jalan tidak kiralah hendak  shopping atau sekadar mencuci mata, mahpun menonton wayang. Satu masalah yang sering timbul ketika hendak ke KLCC adalah tempat parking yang mahal. Ya memang mahal.
park

Jika anda mencari tempat parking murah di KLCC, anda boleh mempertimbangkan kawasan berikut;


  1. Tepi jalan belakang Avenue-K (PERCUMA)
  2. Dibelakang Public Bank, parking terbuka . RM6/sehari.
  3. Diantara Hotel Maya dan Wisma Selangor. Parking terbuka RM7/hari.
  4. Disebelah parking Public bank tadi, terdapat kawasan parking lain, yang mana kena melalui lorong di bangunan Ambank (RM7/hari)
  5. Lembaga Getah Malaysia (LGM) - RM3.50 hujung minggu.
  6. Kawasan kedutaan Filipin.

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT 2017

$
0
0
Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT 2017. Setiap guru perlulah mempunyai SKT yang bertujuan untuk menlengkapkan LNPT atas talian.

Berikut merupakan contoh SKT tahun 2017. Anda bolehlah edit dan mengubahsuai mengikut SKT anda sendiri.

Lihat di bawah.. atau muat turun format Word di sini


SASARAN KERJA DAN LAPORAN PENCAPAIAN

Bahagian I – Pencapaian Sasaran Kerja
                      (PYD hendaklah melaporkan pencapaian sasaran kerja dalam tempoh penilaian : 1 Januari 2017 – 31 Disember 
2016).  Laporan ini bolehlah disediakan dalam beberapa helaian bersesuaian mengikut keperluan.

NAMA                         :          
NO. KPT                     :          
JAWATAN                 :          
SEKOLAH                  :           SMK KULAI BESAR, KULAIJAYA, JOHOR


BIDANG :       1.   Kurikulum : Ketua Panitia Sejarah
2.   Kurikulum : Guru Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5
3.   HEM : Guru Tingkatan 3B
4.   HEM :Guru Bertugas Harian / Mingguan
5.    Kokurikulum :Guru Rumah Persona
6.    Kokuriklum : Guru Penasihat Hoki
7.    Kokurikulum : Guru Penasihat Persatuan Pandu Puteri
8.    Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah : Setiausaha LDP
9.    Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah : JK Kewangan Sekolah


Bil
Ringkasan Aktiviti / Projek
Petunjuk Prestasi
(Kuantiti / Kualiti / Masa / Kos)
Sasaran Kerja
(untuk tempoh penilaian)
Pencapaian Sebenar
(diisi pada akhir tempoh penilaian)
Ulasan
(oleh PYD sekiranya berkaitan)
1
Ketua Panitia Sejarah
Merancang, melaksana, memantau, menilai dan melaporkan tugasan sebagai Ketua Panitia Sejarah.
Kuantiti:
9 fail
Kualiti:
Mengikut Prosedur SPSK
Masa:
Januari – November 2016
Disiapkan mengikut petunjuk prestasi


Dilaksana dengan mematuhi piawai SPSK







Bil
Ringkasan Aktiviti / Projek
Petunjuk Prestasi
(Kuantiti / Kualiti / Masa / Kos)
Sasaran Kerja
(untuk tempoh penilaian)
Pencapaian Sebenar
(diisi pada akhir tempoh penilaian)
Ulasan
(oleh PYD sekiranya berkaitan)
2
Guru Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5
Merancang, menulis buku rekod mengajar, mengajar, memantau, menilai dan melaporkan untuk mata pelajaran Sejarah tingkatan 4 dan 5
Kuantiti:
5 kelas (nyatakan kelas tersebut)
Kualiti:
Mengikut HSP
Masa:
Januari – November 2016

Disiapkan mengikut petunjuk prestasi


Dilaksana dengan mematuhi piawai SPSK

3
Guru Tingkatan 3B
Merancang, melaksana, memantau, menilai dan melaporkan tugasan sebagai guru tingkatan 3B
Kuantiti:
1 kelas
Kualiti:
Mengikut spesifikasi tugas guru tingkatan
Masa:
Januari – November 2016

Disiapkan mengikut petunjuk prestasi


Dilaksana dengan mematuhi piawai SPSK
4
Guru Bertugas Harian / Mingguan
Merancang, melaksana, memantau, menilai dan melaporkan tugasan sebagai guru bertugas harian  mingguan
Kuantiti:
1940
Kualiti:
Semua murid dapat mengikuti peraturan sekolah
Masa:
Januari – November 2016





Disiapkan mengikut petunjuk prestasi


Disiapkan mengikut petunjuk prestasi

Bil
Ringkasan Aktiviti / Projek
Petunjuk Prestasi
(Kuantiti / Kualiti / Masa / Kos)
Sasaran Kerja
(untuk tempoh penilaian)
Pencapaian Sebenar
(diisi pada akhir tempoh penilaian)
Ulasan
(oleh PYD sekiranya berkaitan)
8
Setiausaha LDP
Merancang, melaksana, memantau, menilai dan melaporkan tugasan sebagai Setiausaha LDP








Kuantiti:
117 guru dan 13 AKS
Kualiti:
Semua guru dan AKS dapat mengikuti latihan selama 7 hari seminggu
Masa :
Januari – November 2016

Disiapkan mengikut petunjuk prestasi













 
 




          Tandatangan PYD                                                                                                                                 Tandatangan PPP
   

 Tarikh : ………………....………..                                                                                                                                                          Tarikh : ……………….........……         


Contoh Sijil Penghargaan Terbaik

$
0
0
Sijil penghargaan diperlukan untuk diberik kepada sesiapa yang telah mencurah bakti di dalam program mahupun acara tertentu. Sebagai contoh siji penghargaan diberikan kepada pengawas, sijil penghargaan sumbangan, sijil penghanrgaan untuk ceramah , sijil penghargaan untuk guru dan banyak lagi,

Anda boleh download dan lihat contoh bagaimana format sijil penghargaan dibuat melalui pautan berikut, Di harap ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk menyiapkan sijil penghargaan.

DOWNLOAD SINI

3 Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Mudah

$
0
0
Zaman sekarang ni , segala-galanya  kena guna duit. Walaupun Duit itu bukan segala-galanya. 2 jenis golongan di dunia ini iaitu orang yang makan gaji dan orang yang buat duit dari rumah.

Saya sendiri boleh dikategorikan sebagai orang yang kerja sendiri di rumah dan hanya bergantung kepada pendapatan di internet dengan melakukan macam-macam hanya kerana ingin merelealisasikan seorang yang boleh duduk di rumah dan buat duit.
buat duit dari rumah

Ada 3 cara utama orang selalu guna untuk buat duit dari rumah antaranya ialah;

1. Dropship- Dropship ni dalam bahasa mudahnya jual barang orang lain, dan kita mark up ikut harga keuntungan. Contoh , Ali ada supply powerbank harga RM50, kita jual menjadi orang tengah, letak harga RM70. Kita ambil untung RM20.

2. Buat servis - Jika kita ada kemahiran sendiri, contohnya buat blog, melukis potret, membuat khat dan sebagainya. Kita boleh gunakan kemahiran kita ini untuk dijadikan sebagai salah satu sumber buat duit dari rumah.

3. Buat blog - Jangan terkejut yang blog pun boleh jadi sumber pendapatan dalam menjadikan kita seorang yang boleh goyang kaki di rumah dan tunggu sahaja duit masuk.

Kesimpulannya, tidak mustahil untuk seseorang itu duduk sahaja di rumah dan berjaya Buat Duit Dari Rumah!

Nak belajar lagi lanjut dan cuba bayangkan lepas ni tak payah dah bangun awal pagi menghadap jem ke tempat kerja. Semua boleh buat hanya dari rumah je. Ini yang orang cakap duduk rumah goyang kaki.

Boleh dapatkan panduan lengkap  ini - Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!

Semoga anda berjaya untuk menjadi seorang yang menjadikan rumah sebagai mesin ATM anda.

Semakan Baki PTPTN Online

$
0
0
PTPTN merupakan hutang yang wajib dibayar oleh kita sebagai peminjam. Ada beberapa peminjam yang tidak tahu pun berapa banyak yang mereka telah pinjam, dan berapa banyak lagi baki yang mereka perlu perjelaskan. Berikut dinyatakan bagaimana anda boleh menyemak baki PTPTN dengan mudah dan senang hanya melalui online sahaja.

ptptn

Cara Semak Baki PTPTN


Anda hanya perlu melayari laman ini :
  1.   SEMAK HUTANG PTPTN 
  2.  masukkan nama serta kata laluan anda
  3. kata laluan adalah yang pernah anda daftarkan pertama kali dahulu.
  4. Jika lupa, boleh klik "terlupa kata laluan"







5 Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Pantas

$
0
0
Jerawat boleh menjadi amat menyakitan dan malu dengan keadaan kulit kita, dan parut yang ditinggalkan seperti memberi satu peringatan yang tidak diundang bahawa kita pernah ada jerawat sebelum ini. Walaupun terdapat jerawat yang akan hilang secara semulajadi selepas beberapa minggu dan bulan, akan tetapi terdapat jerawat yang anda perlu rawat dengan segera bagi mengelakkan pembentukkan hiper-pigmentasi.

baca: Cara Hilangkan Jeragat Dengan Pantas

Secara realitinya, anda tidak akan mampu menghilangkan parut jerawat secara total hanya dalam satu malam, akan tetapi rawatan, produk, dan tips kesihatan kulit yang kami tunjukkan dibawah ini akan membantu anda mendapatkan kulit yang nyata berbeza seperti sebelumnya. Anda cuma perlu memilih cara yang betul untuk kulit anda.
hilangkan parut jerawat


1. Sapukan jus lemon segar. Jus lemon mempunyai agen pelunturan secara natural, dan ia mampu membantu secara efektif  untuk menncerahkan parut jerawat anda. Mudah, campurkan jus lemon dan air dan sapukan campuran ini pada parut jerawat anda. Elakkan kulit disekitar parut. Kemudian, bilas sapuan pada kulit anda tadi selepas 15-25 minit mengenakan lemon tadi. Ataupun, anda boleh letakkan jus lemon semalaman pada 'mask' anda.


  • jangan lupa untuk sapu pelembap selepas membilas jus lemon tadi. Ini kerana asid sitrik pada lemon boleh menyebabkan kulit menjadi kering
  • Jus limau , yang mana mengandungi asid sitrik juga, boleh digunakan untuk menggantikan lemon.
  • Disebabkan jus lemon adalah pH 2 and kulit pula pH 4-7, cara ini perlu dilakukan secara berhati-hati. jangan biarkan jus lemon pada kulit terlalu lama. Asid sitirk juga mengandungi bahan kimi yang dipanggil  Berapten , yang mana ianya  bergabung kepada DNA dan menyebabkan radiasi UV berlaku pada kulit lebih mudah. Jadi, anda perlu mengelakkan tekrna pancaran matahari jika jus lemon masih ada pada kulit anda.
cara hilangkan parut jerawat
2. Sapukan dengan baking soda . Baking soda boleh digunakan untuk memberi kelegaan pada kulit dan mengurangkan tanda parut jerawat. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan 1 sudu teh baking soda dengan 2 sudu air untuk membentuk satu 'pasta'. Sapukan campuran ini pada muka dan gunakan sapuan secara 'circular' . Sapukan dalam masa 2 minit.Selepas itu, anda haruslah membilasnya.
madu hilangkan parut jerawat


3. Gunakan Madu.  madu merupakan bahan alami yang terbaik untuk mengurangkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Ini kerana madu menganungi antibateria dan membantu melegakan kulit serta mengurangkan keradangan kemerah-merahan. Madu asli amat berkesan.
aloe vera hilangkan parut jerawat


4. Menggunaan aloe vera ( daun lidah buaya). Cecair pekat dalam daun lidah buaya dapat membantu melegakan sebarang keradangan pada kulit. Daripada kulit melecur hinggalah luka dan parut jerawat. Aloe vera mambntu melembabkan kulit, dan mengalakkan parut jerwat untuk bernasur-ansur hilang. Cecair pekat ini boleh terus disapukan pada kulit anda.

ais kiub hilangkan parut jerawat


5. Gunakan ais kiub. Ais merupakan satu bahan yang anda tidak jangka mampu mengurangkan parut jerawat. Ini kerana ianya akan mengurangkan keradangan pada kulit yang mempunyai parut jerawat. Ambil ais kiub kemudian bungkus dalam sapu tangan (kain, towel ) yang bersih . Kemudian letakkan pada kulit  anda yang mempunyai parut tadi dalam seminit dua hingga ianya terasa kebas, kemudian angkat.

Tonton video di bawah ini cara hilangkan parut jerawat.


Semoga 5 cara yang kami nyatakan ini dapat membantu anda untuk menghilangkan parut jerawat pada muka anda dengan cara alami tanpa menggunakan sebarang produk. Ini kerana cara ini lebih selamat dan menjimatkan berbanding anda menggunakan produk dan rawatan kosmetik di pusta-pusat kencantikan.Ohya, jangan lupa minum air secukupnya.


Pengalaman Naik Uber Kota Kinabalu, Review

$
0
0
Beberapa hari lepas, pertama kali naik UBER. Berita Uber sudah tersedia di Kota Kinabalu ni rasa-rasanya mula dengan masa bulan Mei haritu. Terasa la jugak nak try Uber ni kan. Sebab seperti yang kita tahu, sebagai rakyat Sabah sendiri perkhidmatan teksi di Kota Kinabalu ni, boleh dikatakan masih tidak efisien dan harga yang mahal. Jadi, Uber ni merupakan alternatif bagi menaiki teksi . harga memang jauh murah.

Okay, bercerita mengenai pengalaman naik Uber di Kota Kinabalu. Minggu lepas, naik bas dari kudat ke Kota Kinabalu. Plan nak berhenti di bustop 1Borneo. Akan tetapi, bas yang dinaiki tidak melalui jalan tu. Maka, saya ambil keputusan untuk turun terus di terminal bandaran Kota Kinabalu. Dan dalam masa sama, teringin cuba bagaimana perkhidmatan Uber di kota Kinabalu.

Setelah, buka app Uber, dan cek pickup point and destination. Estimated fare yang dipaparkan adalah RM8-RM15. Masih consider murah berbanding dengan teksi.

[daftar sebagai pemandu uber di Kota Kinabalu sini ]
Maka, buka app uber dan cari pemandu. Dan aplikasi uber menunjukkan yang saya mendapat pemandu lelaki berkereta proton. Estimated time yang ditunjukkan adalah 6 minit untuk sampai ke destinasi saya.
uber kota kinabalu

Tunggu punya tunggu pemandu tak sampai-sampai. Akhirnya saya cancelkan, dan search yang lain pula.


Kali ini dapat pemandu wanita pula berkerta proton perdana. Sejurus selepas aplikasi uber temukan dengan pemandu itu, tiba-tiba saya mendapat call dari nombor tidak dikenali. Tapi saya boleh agak yang ni mungkin dari pemandu uber tadi.

'hello, uber di sini. Kita tunggu mana ya?"
"oo, sini depan pintu gerbang padang"
"ok, sekejap lagi sampai"

Tunggu dalam 5 minit, akhirnya kereta sampai. Pemandu suruh naik. Pada ketika itu saya konfiusm nak duduk di depan ke atau di belakang. Akhirnya saya ambil keputusan duduk di belakang sahaja.

Sepanjang perjalanan, seperti biasa berborak-borak mengenai uber. Kadang-kadang bercerita mengenai pekerjaan dan macam-macam lagi.

Perjalanan 30 minit tidak terasa lama. akhirnya sampai. Saya memilih pembayaran melalui cash. Dan untuk perjalanan 12.50 kilometer, selama 33.27 minit sambil meredah jem, bayaran yang dikenakan adalah RM15.56.

So far, pendapat saya mengenai uber di Kota Kinabalu, ianya sangat memudahkan. dan insyaAllah saya akan menaiki lagi uber jika pergi ke kota Kinabalu.

Satu yang saya dapat lihat mengenai perkhidmatan Uber di kota Kinabalu ini adalah, lebih baik daftar awal-awal untuk menjadi pemandu. Menurut pemandu uber yang saya naiki tempoh hari, pendaftaran adalah amat mudah dan senang. Setiap bulan akan dapat duit biarpaun buat uber part time.

Jika korang nak buat part time dan berada di Kota Kinabalu, ada baiknya anda buat Uber.
Daftar senang je, daftar sini.

Lirik Lagu Ku Rela Dibenci - Aiman Tino

$
0
0
Berikut adalah lirik lagu terbaru lagu  beratjuk Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino.

kurela dibenci




Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku
Kesudahan tiada henti

Hanya yang tinggal
Igauan mimpimu ternanti-nanti
Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir

Membasahi di dadaku
Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti


Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam

Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti

Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi

Hanya di sana kekal dan abadi
Ku inginku dibenci olehmu
Agar kenangan manis terus terpadam

Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi
Hanya di sana kekal dan abadi


Semak Slip Peperiksaan Pelajar SAPS

$
0
0
Semak slip peperiksaan pelajar melalaui SAPS Ibu Bapa. Kepada Ibu bapa yang ingin melihat pencapaian anak-anak, kini boleh menyemakknya melalui sati sistem yang diberi nama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
saps


Cara semak adalah seperti berikut;

Cara Semak Slip Peperiksaan Pelajar Melalui SAPS
SAPS

1. Pergi ke laman http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
2. Masukkan No KP ataupun sijil lahir pelajar
3. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
4. Pilih tahun yang ingin anda semak

Perhatian:

Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 
manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Saps Ibu Bapa

Whatsapp Ucapan Raya 2017

$
0
0
Dengan kecanggihan teknologi, sudah ramai yang menggunakan whatsapp pengganti SMS. Jika dulu orang guna sms untuk menghantar ucapan hari raya. Kebanyakkan sms yang dihantar penuh dengan shortform singkatan. Yelah nak jimat kredit kan. kalau boleh, sedaya upaya nak ringkaskan perktaan tu. Dan juga tidak lupa ucapan-ucapan yang penuh dengan simbol-simbol bagi membentuk rumah, orang, pelita dan sebagainya. Sebagi contoh sms dibawah ini.


.i. .i.* l.l _£_ l.l *.l.l_(“”””‘)_l.l.:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN, w ,c(_)_)Islm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.(nama penghantar dan family)

Tetapi kini, sudah tidak ada lagi sms-sms sedemikian, semuanya melalui whatsapp, wechat, telegram, dan  lain-lain. Tak perlu lagi risau dengan perkataan-perkataan yang kena disingkatkan.
whatsapp raay 2015


Koleksi Whatsapp Ucapan Hari Raya 2016

Berikut merupakan beberapa koleksi ucapan hari raya 2016 khas untuk pengguna whatsapp.

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN


Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,

Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat whatsapp
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.




Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi

$
0
0
Doa qunut merupakan doa yang dibaca ketika menunaikan solat subuh. Ada diantara kita yang susah untuk membaca tulisan arab. Alternatif lain, bacalah doa qunut dalam tulisan rumi.

Pada artikel kali ini dikongsikan bacaan doa qunut dalam rumi:
doa qunut

Doa Qunut Dalam Rumi


Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.

Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik.

Waiinahu layadziluman walait. 
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. 
Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.


Maksudnya:

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Dengan membaca bacaa qunut dalam rumi ini akan mengelakkan kita untuk solat subuh tanpa qunut

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016

$
0
0
Keputusan anugerah Puskas Fifa 2016-2017. Anugerah Puskas Fifa merupakan anugerah khas diberikan kepada penjaring gol yang menjaringkan gol tercantik. Keputusan pemenang dipilih berdasarkan undian daripada orang ramai di laman web fifa.

Beberapa bulan lepas, seramai lebih 10 jaringan disenarai pendek menjadi calon Anugerah Puskas 2016. Antara nama besar adalah Lionel Messi dan Neymar Jr.

Selepas beberapa siri undian, 3 top 3 telah dipilih dan anugerah diberikan pada temasya khas di Switzerland.

Amat mengejutkan kerana Faiz Subri dari Malaysia terpilih sebagai top 3 anugerah Puskas Fifa.

Senarai Calon Anugerah Puskas 2016-2017

Antara yang tercalon adalah;

Bil
Nama
Negara
Perlawanan
1.
Mohd Faiz Subri
Malaysia
Pulau Pinang vs Pahang
2.
Dainuska Rodriguez
Venezuela
Venezuela vs Colombia
3.
Marlone
Brazil
Corinthians vs Cobresal


Anugerah Puskas ini berlangsung pada 9 januari 2017 di Switzerland.

Keputusan Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2017

Berikut adalah pemenang bagi anugerah Puskas Fifa.

- FAIZ SUBRI

Tahniah diucapkan kepada FAIZ SUBRI atas Anugerah Puskas 2016.

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM, PAV 2017

$
0
0
Bilakah tarikh peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM dan PAV? Ppeperiksaan ini merupakan antara peperiksaan utama di Malaysia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun mengeluarkan tarikh rasmi ataupun disebut sebagai takwim peperiksaan bagi tahun 2017.

Berikut kami kongsikan tarikh rasmi peperiksaan ini di Malaysia.
Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM, PAV 2017

Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM, PAV 2017

Rujuk jadual yang telah kami sediakan di bawah ini;

Bil
Peperiksaan
Tarikh (2017)
01
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
11-14 September 2017 & 18 September
02
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
9-12 Oktober
03
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
6 November - 4 Disember
04
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
23 &25 Oktober , 30-31 Oktober  dan 1 November
05
Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
9-11 Oktober
Semoga dengan jadual ini, dapat anda merancang bilakah anda membuat ulangkaji dan sebagainya. kongsikan Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM, PAV 2017 kepada rakan-rakan lain.

Ubat Untuk Hilangkan Ketumbit Mata

$
0
0
Hampir semua orang akan mengalami ketumbit pada mata. Jika mengikut nenak moyang kita, macam-macam mitos yang mengatakan penyebab ketumbit berlaku. Antaranya sebab mata suka sangat skodeng orang .

Secara saintifiknya, ketumbit disebabkan oleh jangkitan kuman staphylococcus pada bahagian kelopak mata.
ketumbit


Rawatan untuk hilangkan ketumbit


Ketumbit selalunya hilang dengan sendirinya. Tetapi jika ianya tidak hlang untuk beberapa hari, anda bolehlah menuam ketumbit tadi. Jika ianya masih tidak hilang, maka antibiotik diperlukan untuk menghilangkannya. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik.

Berikut merupakan cara untuk menghilangkan ketumbit dengan menuam.

Cara-cara melakukan tuaman

  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil
  2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
  4. Lakukan selama 10 minit
  5. Ulang  2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih

10 Tempat Menarik Di Kuantan, Pahang

$
0
0
Kuantan merupakan ibu Negeri Pahang. Negeri ketiga terbesar di Malaysia, dan yang terbesar di semenanjung Malaysia.

Kuantan terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah;
bandar kuantan


Tempat Menarik Di Kuantan


1. Pantai Balok
2. Bandar Kuantan
3. Laluan Taman Bakau
4. Muzium Sungai Lembing
5. Air Terjun Pelangi
6. Bukit Panorama
7. Gunung Tapis
8. Pusat Penternakan Rusa
9. Jambatan Gantung
10. Tugu (Monumen)

Viewing all 450 articles
Browse latest View live